Thursday, May 21, 2009

...bicara seorang guru muda...

...jika dahulu aku yang mendengar,
...tapi sekarang aku yang berbicara,
...jika dahulu aku yang ditegur,
...tapi kini aku ditempatnya,
...jika dahulu aku diperhati segala tingkah,
...tapi kini aku mengekorinya disetiap langkah,
...jika dahulu aku diberi kata puji,
...berbekalkannya aku berbudi.


...kemurkaannya bagiku suatu rahmat,
...hukumannya bagiku satu azimat,
...tangis tawanya suatu berkat,
...dan kerana itu dia diumpat.


...baris puitis Pak Usman Awang,
...memberi puji tinggi menjulang,
...tiada taranya memartabat ilmu,
...tiada tandingan jasanya guru,
...biar Presiden, Menteri dan Raja,
...biar petani, kerani ataupun tentera,
...tiada tercarik kain yang diberi,
...semua dicorak dengan berseri.


...namun gundah hatiku resah,
...kerana ingatan kata pepatah,
...kata mendalam tapi terbukti,
...tentang dosa seorang murabbi.


...kerana guru negara terbina,
...dek jasa guru, usahawan berjaya,
...keranamu guru, mereka berbahagia,
...tidakkah keranamu juga,
...sesebuah penjara dibina,
...seorang pengemis dihina,
...sang penagih merosak diri,
...amalan rasuah menjadi-jadi?

...dan inilah semulia-mulia dosa
...seorang guru kepada semua.